
Kursus Online Microsoft Office
- Belajar dengan Pensyarah secara online
- Belajar di mana sahaja. Tidak perlu kelas.
- Kursus lengkap 100% dalam bahasa Melayu.
- Resume Professional untuk permohonan kerja
- Penempatan Kerja di sektor awam & swasta
- Latihan menjawab soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris
- Dapatkan sehingga 4 Sijil Kursus
Sertai beribu - ribu pelajar yang telah berjaya.
Nota Lengkap Professional
Kursus anda mengandungi nota lengkap penuh warna dalam bahasa Melayu yang mudah difaham. Ia mengajar anda bagaimana menguasai Microsoft Office langkah demi langkah dari mula sehingga akhir.
Kebebasan belajar dan kerja
Melalui sistem kursus online ini, anda boleh belajar Microsoft Office di mana sahaja pada bila – bila masa. Tidak perlu hadir kelas komputer yang jauh dan mahal.
Belajar dengan Pensyarah
Belajar dengan Pensyarah yang punya lebih 20 tahun pengalaman mengajar Microsoft Office. Pensyarah anda akan bimbing anda mengikuti setiap pelajaran dan menjawab semua pertanyaan anda. Anda boleh hubungi Pensyarah bila - bila masa. Kini anda punya guru di hujung jari anda.
Maju Dengan Sijil
Sijil kursus kami telah digunakan oleh peserta untuk memohon kerja, kenaikan pangkat dan latihan industri di sektor awam dan swasta. Sama ada anda hendak belajar untuk tujuan kerjaya, pendidikan, bisnes atau peribadi, kursus dan sistem yang disediakan akan bantu anda dari mula hingga akhir.
Kejayaan Kerjaya Anda
Kursus ini merupakan satu kursus holistik. Anda bukan sahaja dilengkapkan dengan kemahiran kritikal yang diperlukan di tempat kerja. Lebih dari itu kami menyediakan anda bagi menempuh alam kerjaya yang semakin mencabar. Sijil Kursus anda diperkuatkan lagi dengan penyediaan Resume Professional percuma oleh pakar kami. Kami juga akan memberikan latihan percuma bagaimana hendak menjawab soalan - soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja kami akan akan dimasukkan ke dalam program penempatan kerja dengan ribuan majikan yang memerlukan pekerja mahir seperti anda.
Hubungi Pensyarah Sekarang
Hubungi Pensyarah Sekarang
Hubungi pensyarah anda sekarang dengan mengisi borang di bawah. Dapatkan info lanjut dan tanyakan sebarang soalan kepada pensyarah. Cuma isikan borang di bawah dengan maklumat tepat dan lengkap.
Mengapa Kami Minta Maklumat Ini?
Kami gunakan maklumat ini untuk menghantar info yang anda pohon dalam bentuk mesej WhatsApp. Anda kemudian boleh rujuk mesej WhatsApp anda bila - bila masa dan tidak perlu cari di Google lagi. Kami tidak hantar sebarang jenis iklan atau mesej spam
Apa Anda Akan Belajar

Kursus Microsoft Word
Menerusi Kursus Microsoft Word anda akan boleh cipta pelbagai jenis dokumen untuk kegunaan pejabat, pendidikan, bisnes dan peribadi. Antara jenis dokumen yang akan boleh anda cipta ialah Surat, Resume, Invois, Laporan, Thesis, Kad Jemputan dan bermacam lagi.
Kursus Microsoft Excel
Dalam Kursus Microsoft Excel anda akan pelajari bagaimana hendak memasukkan data dan membuat pengiraan menggunakan formula metametik. Anda juga anda belajar bagaimana hendak membuat carta dan graf dan data anda dan menganalisa data tersebut menggunakan fungsi advanced seperti Filter, Sort, Pivot Table dan Pivot Chart.


Kursus Microsoft PowerPoint
Dalam Kursus Microsoft PowerPoint anda akan belajar bagaimana hendak membuat presentasi dengan memuatkan teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan pembentangan di pejabat, seminar, kelas atau dicetak untuk laporan.
Kursus Microsoft Access
Menerusi Kursus Microsoft Access anda akan belajar bagaimana hendak mencipta pengkalan data atau database bagi memproses jutaaan jenis maklumat dengan cepat, tepat dan berkesan.


Kursus Bahasa Inggeris
Perkuatkan Sijil Microsoft anda dengan Sijil Bahasa Inggeris kami. Belajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Maju dalam kerjaya, kuasai berbagai ilmu baru, nikmati berbagai jenis hiburan dalam bahasa asal. Kini anda ada cara berkesan kuasa bahasa antarabangsa ini.
Kepentingan Microsoft Office
Untuk Pekerja
Kemahiran Microsoft Office adalah kemahiran IT paling diperlukan di tempat kerja. Microsoft Excel digunakan di tempat kerja untuk memasukkan data dan membuat pelbagai jenis penganalisaan. Microsoft Word digunakan untuk menjana pelbagai jenis laporan dan Microsoft PowerPoint digunakan untuk membentangkan kesemua maklumat ini dalam mesyuarat. Tidak kira pada tahap mana anda bekerja, kemahiran Microsoft Office adalah sesuatu yang wajib ada pada anda jika anda ingin maju dalam kerjaya.
Untuk Pelajar
Semua penuntut mana - mana IPT perlu ada kemahiran Microsoft Office untuk melakukan semua tugasan berkaitan dengan pengajian mereka. Ramai tidak tahu bahawa kemahiran Microsoft Office tidak diajar di tahap IPT. Pensyarah anda akan menganggap anda sudah ada kemahiran ini. Jadi jika anda tidak punya sekurang - kurangnya kemahiran Microsoft Word dan PowerPoint pelajar akan menghadapi banyak masalah menyiapkan tugasan yang diberikan.
Untuk Peniaga
Tidak kira anda menjual burger atau punya gedung membeli belah online, sebagai peniaga anda perlu menyimpan rekod belanja dan pendapatan anda. Ini hanya boleh dilakukan menggunakan Microsoft Excel. Menerusinya anda boleh lihat kekuatan dan kelemahan bisnes anda. Jika anda tidak tahu menggunakan Excel, anda terpaksa mengupah orang lain melakukan kerja - kerja perakaunan ini untuk anda.
Komen & Review



Bandingkan Kursus Kami
Kursus Kami
Kelas Di Luar














Siapa Kami
Kursus – kursus online ini dibawakan oleh COMPU Studies. Semenjak lebih 20 tahun kami telah mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dan bahasa Inggeris dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
COMPU Studies adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan kursus – kursus online melalui konsep pendidikan jarak jauh atau PJJ. Kursus – kursus kami memberikan imbangan teori dan praktikal yang baik bagi menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti kursus, mahir dalam topik yang dipelajari. Kami mengalu – alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar.