Panduan PayPal
Cara membuat bayaran dengan PayPal

Langkah 1 - Buy Now
Tekan butang Buy Now PayPal di laman Shop yang boleh anda akses dengan tekan link Shop di atas.

Langkah 2 - Bayar dengan kad debit/credit
Satu skrin seperti di sebelah/atas akan muncul. Tekan butang Pay with Debit or Credit Card seperti yang ditunjukkan oleh anak panah biru.

Langkah 3 - Masukkan Email
Di skrin seterusnya, taipkan alamat email anda di ruangan yang ditandakan dengan anak panah di sebelah/atas.

Langkah 4 - Ubah bahasa
Satu skrin seperti sebelah akan muncul. Untuk memudahkan anda, tekan medan negara (United States dalam gambar) untuk mengubah pilihan.

Langkah 5 - Pilih negara
Taipkan huruf M untuk pergi ke negara - negara yang bermula dengan huruf M. Kemudian pilih Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Langkah 6 - Masukkan info kad
Seterusnya isikan maklumat kad kredit/debit anda. Gunakan kad yang sudah diaktifkan untuk pembelian online. Ikut info kad anda. Jangan tiru maklumat seperti dalam gambar.

Langkah 7 - Masukkan info diri
Seterusnya isikan maklumat alamat dan nombor telefon bimbit anda seperti yang ditunjukkan oleh kedua anak panah di sebelah/atas.

Langkah 8 - Bersetuju & Langgan
Akhir sekali jawab Tidak/No untuk tidak mencipta akaun PayPal. Anda juga boleh memilih Ya/Yes untuk mencipta akaun dan kemudian tetapkan password akaun PayPal anda. Dalam tutorial ini, kami anggap anda tidak berminat mencipta akaun PayPal. Kemudian tekan butang Bersetuju/Langgan.

Langkah 9 - Memproses
Satu skrin seperti sebelah akan muncul menandakan bayaran anda sedang diproses. Sila tunggu sebentar. Jangan ganggu proses ini atau gunakan komputer/handset anda untuk kegunaan lain.

Langkah 10 - Langganan Berjaya
Apabila bayaran anda berjaya diproses, satu skrin seperti di sebelah akan muncul memberikan maklumat bayaran sekarang dan tarikh bayaran seterusnya. Anda tidak perlu buat apa - apa. Cuma scroll sahaja ke bawah. Maklumat ini juga akan dihantar oleh pihak PayPal ke email anda.

Langkah 11 - Kembali ke COMPU Studies
Di bahagian bawah skrin anda akan nampak satu butang Return to Merchant. Tekan butang ini untuk kembali ke laman COMPU Studies.

Langkah 12 - Mula Belajar
Anda akan dibawa ke skrin Checkout COMPU Studies menandakan yang bayaran anda sudah diterima. Untuk memulakan proses pembelajaran kursus anda, sila tekan butang hijau seperti yang digambarkan oleh anak panah. Butang ini akan membenarkan anda menghantar satu mesej WhatsApp khas yang akan kami respon serta-merta dengan maklumat pembelajaran anda. Jangan abaikan langkah terakhir ini. Ianya sangat penting untuk and mendapatkan pembelajaran anda dengan serta-merta.