COMPU Studies

Pendaftaran Kursus

fpx
visa
master_card
maybank2u
pb_bank
cimb

Gunakan Kod Diskaun di ruangan Checkout untuk mendapatkan diskaun tambahan bagi pesanan anda.

Panduan Membuat Pesanan

Cara membuat bayaran & daftar kursus menerusi perbankan online serta kad kredit/debit.

billplz_tutorial_add_to_cart

Langkah 1 - Add to Cart

Tekan butang Add to Cart di laman Shop yang boleh anda akses dengan tekan link Shop di atas.

Langkah 2 - Produk dalam Cart

Anda akan di bawa ke skrin Cart seperti digambarkan di sebelah/atas. Pakej produk yang anda pesan akan terpapar di skrin. Jika anda ingin ubah pakej produk, anda boleh tekan butang X seperti yang ditunjukkan oleh anak panah oren. Butang ini akan mengosongkan Cart anda.

shop add coupon code

Langkah 3 - Kod Diskaun

Untuk menikmati diskaun terhadap harga tawaran produk, masukkan kod diskaun yang anda terima ke dalam kotak teks yang dilambangkan dengan anak panah kuning. Kemudian tekan butang Apply coupon (anak panah hijau) untuk mengenakan diskaun terhadap harga produk anda.

Langkah 4 - Proceed to checkout

Apabila kod diskaun dikenakan, anda akan dapat lihat harga baru produk anda. Inilah harga yang perlu anda bayar (tertera di bari Total). Potongan anda tertera di baris Coupon (anak panah kuning). Untuk meneruskan proses, tekan butang Proceed to checkout (anak panah hijau).

Langkah 5 - Maklumat Pelajar

Skrin Billing details akan muncul seperti yang ditunjukkan di sebelah/atas. Isikan tiga medan yang diberikan, yakni Nama, Nombor Telefon dan alamat email. Isikan maklumat pelajar yang ingin daftar (anak panah hijau) Jika anda yang ingin belajar, maka isikan maklumat anda. Namun jika anda adalah ibu/bapa/penjaga dan anda ingin daftar untuk anak anda, isikan maklumat anak anda. Maklumat diri orang yang buat bayaran boleh diisikan di ruangan Order notes (anak panah kuning).

Bayar Dengan Kad Kredit/Debit?

Jika anda buat bayaran dengan kad kredit/debit, sila tekan di sini untuk panduan berkenanaannya.

Langkah 6 - Pilihan Bank

Di bahagian seterusnya, anda akan buat pilihan bank anda. Tekan menu pilihan yang dilambangkan oleh anak panah hijau.

Langkah 7 - Pilih Bank

Pilih bank anda dari senarai semua bank-bank tempatan. Pastikan anda ada akaun perbankan online bagi bank yang anda pilih. Dalam contoh di sini, kami akan pilih Maybank2u.

Langkah 8 - Pay with BillPlz

Seterusnya tekan butang Pay with BillPlz (anak panah hijau) untuk memulakan proses pembayaran.

Langkah 9 - Username akaun bank

Anda akan dibawa ke skrin login bank pilihan anda. Pada ketika ini, jika anda ingin batalkan urusan pembayaran, anda boleh tekan butang Cancel (anak panah kuning). Untuk meneruskan dengan pembayaran, taip username akaun perbankan online anda (anak panah kuning). Kemudian tekan butang Next.

Langkah 10 - Password akaun bank

Skrin seterusnya akan memaparkan kod gambar rahsia akaun anda (anak panah kuning). Sahkan ianya adalah betul. Kemudian masukkan password akaun bank anda di ruangan Password dan tekan butang Login (anak panah hijau).

Langkah 11 - Sahkan Bayaran

Skrin seterusnya memaparkan bayaran yang akan anda lakukan. Setelah disahkan betul, tekan butang Continue (anak panah hijau).

Langkah 12 - Pohon SMS TAC

Skrin seterusnya meminta anda mendapatkan satu kod pengesahan transaksi (transaction authorization code atau TAC) dari pihak bank. Kod ini akan di hantar menerusi SMS ke nombor telefon yang dikaitan dengan akaun bank anda. Tekan butang Request for TAC (anak panah hijau) untuk mendapatkan kod menerusi SMS.

shop enter sms tac number

Langkah 13 - Masukkan SMS TAC

Sila periksa telefon anda untuk nombor SMS TAC dari pihak bank. Masukkan nombor ini ke dalam kotak yang disediakan (anak panah kuning). Kemudian sahkan dengan tekan butang Confirm (anak panah hijau).

PENTING: Sesetengah bank mungkin ada kaedah lain untuk mengesahkan transaksi. Ikut sahaja kaedah yang anda lazim gunakan.

sah payment successful

Langkah 13 - Bayaran Berjaya

Anda kemudian akan nampak satu skrin pengesahan bayaran yang telah anda lakukan. Tekan butang Return to Merchant's Page (anak panah hijau) atau butang dengan teks seumpamanya.

Langkah 14 - Resit Bayaran

Bergantung kepada bank, anda mungkin akan nampak resit bayaran FPX seperti yang digambarkan di sebelah/atas. Jika anda tidak nampak, jangan khuathir kerana pihak BillPlz akan menghantar resit rasmi bagi pihak COMPU Studies ke alamat email yang anda berikan. Untuk teruskan, tekan butang yang ditunjukkan oleh anak panah hijau.

Langkah 15 - Thank You

Skrin seterusnya adalah skrin Checkout Thank You yang memaparkan semua butiran diri, pesanan dan bayaran anda. Sila scroll ke bawah skrin ini untuk teruskan.

shop mula belajar

Langkah 16 - Mula Belajar

Di bahagian bawah skrin Checkout Thank You anda akan nampak satu mesej Mula Belajar Sekarang dan butang berwarna hijau. Tekan butang hijau ini untuk menghantar satu mesej WhatsApp khas kepada pensyarah. Apabila telefon pensyarah menerima mesej khas ini, ianya akan secara automatik menghantar maklumat permulaan pembelajaran kepada anda. Dengan cara ini anda dapat mula belajar serta merta - tidak kira waktu apa yang anda buat bayaran.

Langkah - Langkah Untuk Bayaran Dengan Kad Kredit / Debit

Langkah 6 - Pilihan Kad Kredit/Debit

Jika anda ingin membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit anda, sila tekan pada pilihan kedua yakni Credit Card (Stripe) yang dilambangkan oleh anak panah hijau.

Langkah 7 - Masukkan Butiran Kad

Selepas itu masukkan butiran kad kredit/debit anda seperti yang di lambangkan oleh anak panah kuning. Setelah itu tekan butang Place order (anak panah hijau) dan bayaran anda akan diproses oleh sistem pembayaran Stripe. Untuk maklumat sistem pembayaran Stripe adalah sebagai salah satu sistem pembayaran dalam talian yang paling selamat dan boleh dipercayai. Ia mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang relevan dengan kelulusan Bank Negara Malaysia dan menggunakan teknologi keselamatan yang kukuh untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan dan transaksi. Stripe juga mempunyai dasar privasi yang ketat dan mematuhi peraturan privasi seperti GDPR. Sebarang maklumat kad kredit/debit yang anda masukkan tidak akan disimpan oleh kami. Maklumat anda digunakan untuk sekali transaksi sahaja.

Langkah 8 - Thank You

Skrin seterusnya adalah skrin Checkout Thank You yang memaparkan semua butiran diri, pesanan dan bayaran anda. Sila scroll ke bawah skrin ini untuk teruskan.

shop mula belajar

Langkah 9 - Mula Belajar

Di bahagian bawah skrin Checkout Thank You anda akan nampak satu mesej Mula Belajar Sekarang dan butang berwarna hijau. Tekan butang hijau ini untuk menghantar satu mesej WhatsApp khas kepada pensyarah. Apabila telefon pensyarah menerima mesej khas ini, ianya akan secara automatik menghantar maklumat permulaan pembelajaran kepada anda. Dengan cara ini anda dapat mula belajar serta merta - tidak kira waktu apa yang anda buat bayaran.