Kursus Sijil Komputer

Belajar Helaian Data Berformula Buat Pelbagai Dokumen Cipta Presentasi Pengkalan Data

Lonjakkan Kemahiran Anda

Kursus Sijil Komputer

Belajar Helaian Data Berformula Buat Pelbagai Dokumen Cipta Presentasi Pengkalan Data

Lonjakkan Kemahiran Anda

Jadi Versi Terbaik Diri Anda

Mahukan Kemahiran Aplikasi Produktiviti Pejabat Dengan Cara Yang Mudah & Fleksibel?

Anda ingin menguasai Aplikasi Produktiviti Pejabat tetapi terhalang oleh masa yang terhad atau tiada akses kepada komputer? Anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk hadir kelas komputer? Jangan risau!

Kini, anda boleh belajar di mana-mana & bila-bila masa—secara fleksibel dan interaktif. Dapatkan kemahiran yang dicari oleh majikan dengan kursus komprehensif kami!

Tingkatkan prospek kerjaya anda dan dapatkan kelebihan dalam pasaran kerja dengan menyertai kursus Sijil Komputer kami yang komprehensif dan mudah diikuti. Anda bukan sahaja akan menguasai kemahiran yang dicari oleh majikan, tetapi juga memperoleh sijil yang bernilai untuk meningkatkan kredibiliti anda!

Belajar Di Mana Saja, Bila-Bila Masa

Kursus ini direka untuk keselesaan anda -belajar melalui telefon, tablet, laptop, atau komputer, 24/7! Hanya 20 minit sehari untuk menguasai kemahiran penting Microsoft Office! Belajar secara fleksibel dan terus praktikkan dalam dunia sebenar.

4 Sijil Tamat Kursus Tanda Kejayaan Anda

Setelah tamat kursus anda peroleh 4 sijil yang meningkatkan daya saing anda dalam pasaran kerja! Sesuai untuk permohonan kerja, latihan industri, atau kenaikan pangkat.

Bimbingan Peribadi, Fokus 100% Pada Anda

Jangan belajar bersendirian! Pensyarah kami akan memberikan bimbingan peribadi, menjawab soalan anda, dan memastikan anda benar-benar mahir & yakin dengan setiap kemahiran yang dipelajari.

Hendak Ketahui Lebih Lanjut?

Dapatkan katalog percuma

Isikan borang di sebelah/bawah untuk mendapatkan Katalog Kursus Percuma dan bertanyakan sebarang pertanyaan. 

Katalog kursus percuma

Isikan borang di sebelah/bawah mendapatkan katalog kursus percuma dan bertanyakan pertanyaan anda. Anda boleh tandakan lebih dari satu permintaan.

Mudah, pantas, dan terus ke pensyarah peribadi anda!

Belajar Dari Yang Terbaik

Kandungan Kursus

Dari memasukkan data dengan betul hingga menguasai formula lanjutan, carta interaktif, dan Pivot Table—jadilah pakar Helaian Data Berformula yang cekap dan profesional!

Mulakan dengan asas menaip dan pemformatan, kemudian kuasai teknik profesional seperti surat rasmi, laporan automatik, dan pelbagai jenis dokumen berkualiti tinggi!

Dari slaid kosong ke pembentangan yang memukau! Belajar reka bentuk slaid, animasi profesional, dan teknik memasukkan media yang membuat audiens terpukau.

Tingkatkan kreativiti anda! Belajar cara edit gambar, manipulasi bentuk, serta tambahkan kesan visual menarik dalam semua jenis dokumen dan projek anda tanpa aplikasi lain.

Ciri - ciri kursus

Keistimewaan Kursus Ini

Direka Untuk Kejayaan Anda!

Dapatkan pengalaman pembelajaran yang fleksibel, lengkap, dan bernilai tinggi. Kursus ini direka untuk membantu anda menguasai Aplikasi Produktiviti Pejabat yang paling popular dengan lebih mudah dan berkesan—bila-bila masa, di mana sahaja! Setiap ciri kursus ini memastikan anda mendapat kemahiran yang benar-benar berguna dalam dunia kerja sebenar!

Fleksibel

Belajar mengikut keselesaan anda! Pilih tempoh kursus 1, 3, atau 6 bulan mengikut jadual dan kesibukan anda.

Lengkap

Akses video pembelajaran, nota eksklusif, fail latihan, makmal interaktif, dan bimbingan pensyarah sepanjang tempoh kursus.

Sijil Bernilai

Terima 4 Sijil Tamat Kursus untuk meningkatkan daya saing anda dalam pasaran kerja dan membina kerjaya lebih cemerlang!

Apa Kata Pelajar Kami

Testimoni sebenar daripada pelajar yang telah menyertai kursus ini dan berjaya meningkatkan kemahiran mereka.

"Penyampaian maklumat jelas dan mudah difahami, terutama melalui nota dan video yang disediakan. Latihan yang diberikan juga membantu dalam meningkatkan kemahiran praktikal saya."
Muhammad Zaki Bin Mohd Ghapor
Kursus Office| 2025
"Saya amat berpuas hati dengan prestasi pensyarah dalam memeriksa tugasan yg diberikan serta menunjuk ajar semula jika terdapat kesalahan yg dilakukan. Oleh itu saya boleh mengetahui kesalahan yang dilakukan serta memperbaiki semula dgn melakukan penambahbaikan dalam tugasan yg akan datang."
Nur Camylia Binti Mohd Amizi
Kursus Office 2025
"Pengalaman saya mengikuti kursus ini sangat bermanfaat. Penyampaian topik jelas, dan latihan yang diberikan membantu saya memahami aplikasi Excel dengan lebih baik. Terima kasih atas usaha dalam menyediakan kursus ini. Saya menghargai ilmu yang telah dipelajari dan berharap kursus ini terus berkembang."
Muhammad Ali Bin Mohd Afandi
Kursus Excel | 2025
"Saya sangat berpuas hati dengan sistem kursus ini kerana diterangkan secara teliti dan baik. Saya sangat berpuas hati dengan prestasi pensyarah"
Aini Syafiqah
Kursus Office| 2025

Kenali kami

Siapa Kami?

Kenali organisasi yang berdedikasi dalam membantu anda menguasai kemahiran IT

Kursus online ini dibawakan oleh COMPU Studies, sebuah organisasi pendidikan swasta yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam melatih ribuan pelajar dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Kami menawarkan kursus dalam talian yang fleksibel berasaskan konsep Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) — dengan pendekatan yang mudah difahami, gabungan teori dan latihan praktikal, serta bimbingan pensyarah sepanjang tempoh pembelajaran.

Misi kami mudah: Membantu anda menguasai kemahiran yang relevan dan membuka peluang ke arah masa depan yang lebih baik.

Sertai beribu-ribu pelajar yang telah berjaya. Hubungi Pensyarah anda hari ini. 

Tekan di sini.

Bandingkan kursus kami

Ketahui Rahsia Mengapa Kursus Kami Menjadi Pilihan Ramai

Anda juga boleh jadi seperti mereka.
Tekan butang di bawah untuk dapatkan katalog kursus percuma anda hari ini dan mulakan perjalanan anda!