Kursus Microsoft Excel Mobile Online

Belajar Microsoft Excel Di Handset Anda

Belajar dengan Pensyarah Secara Online

  • Belajar Microsoft Excel di handset.
  • Belajar dengan Pensyarah secara online.
  • Sijil kursus diberikan.
  • Belajar di rumah. Tidak perlu hadir kelas luar
  • Tidak perlu komputer.
  • Pembelajaran 100% dalam bahasa Melayu.
  • Resume Professional untuk permohonan kerja
  • Penempatan Kerja di sektor awam & swasta
  • Latihan menjawab soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris

Dapatkan Info Lanjut Percuma

Isikan borang di bawah untuk mendapatkan Info Lanjut Percuma Kursus Microsoft Excel Mobile COMPU Studies. Info Lanjut diberikan percuma tanpa sebarang syarat.

Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah betul dan lengkap. 

  • Nombor sahaja. Pastikan tiada ruang atau simbol.

Mengapa Kami Minta Maklumat Ini?

Kami gunakan maklumat ini untuk menghantar info yang anda pohon dalam bentuk mesej WhatsApp. Anda kemudian boleh rujuk mesej WhatsApp anda bila - bila masa dan tidak perlu cari di Google lagi. Kami tidak hantar sebarang jenis iklan atau mesej spam

Apa Anda Akan Pelajari

1. Pengenalan Kepada Microsoft Excel

Kursus ini menganggap anda tidak punya sebarang pengalaman menggunakan Microsoft Excel. Ia bermula dari asas Microsoft Excel.

2. Mengenali Skrin Microsoft Excel

Topik ini menerangkan akan bahagian skrin Excel termasuk toolbar, menu dan fungsi.

3. Menguruskan Workbook Excel

Bagaimana hendak mencipta, menukar nama, memasang shortcut dan membuang fail workbook Excel. Anda juga akan belajar bagaimana memasang dan membuang fail Excel dari senarai Recent Excel.

4. Menguruskan Worksheet Excel

Setiap workbook boleh ada banyak worksheet. Belajar bagaimana hendak mencipta dan memadamkan worksheet. Juga bagaimana hendak mengubah posisi, menukar nama dan mewarnakan worksheet Excel.

5. Cara Memasukkan Data ke Excel

Data dalam Excel harus dimasukkan dengan cara betul agar boleh diproses dengan betul. Anda akan diberikan latihan praktikal bagaimana hendak melakukannya.

6. Bagaimana Merujuk Sel Dalam Helaian Excel

Pemproses data dalam Excel memerlukan anda merujuk kepada sel yang mengandungi data tersebut. Belajar bagaimana hendak merujuk sel dengan cara yang betul.

7. Teknik Lanjut Data Entry

Belajar teknik lanjutan memasukkan data ke dalam Excel seperti menggunakan fungsi AutoFill, Data Validation, Calendar, Clock dan Format Painter untuk mempercepatkan kerja.

8. Format Data Excel

Teknik betul format pelbagai jenis data dalam Excel. Format data bernombor, Peratusan, Titik Perpuluhan, Matawang, Tarikh, Masa dan lain - lain.

9. Mencipta Formula Microsoft Excel

Semua data diproses menerusi fungsi atau formula. Pelajari teknik mencipta formula anda sendiri dalam Excel.

10. Menganalisa Data Dengan Excel

Microsoft Excel adalah raja dalam penganalisaan data. Belajar bagaimana menganalisa data menggunakan Pivot Table, VLookUp, Conditional Formatting dan lain-lain.

11. Membina Carta dan Graf dalam Microsoft Excel

Salah satu sebab Excel paling banyak digunakan adalah untuk mencipta carta atau graf dari data yang dimasukkan. Anda di ajar langkah demi langkah bagaimana hendak melakukannya.

12. Mencetak Hamparan Excel

Pelajari teknik mencetak hamparan Excel agar memberikan laporan yang kelihatan cantik dan professional.

Sistem Pembelajaran Canggih

Belajar dengan Pensyarah

Pensyarah akan hantar nota lengkap kepada anda secara online ke handset anda. Tidak perlu kelas. Tidak perlu komputer.

Makmal Online

Anda akan melakukan praktikal menerusi makmal online kami. Latihan praktikal ini boleh dilakukan berulang kali tanpa had.

Latihan Menjawab Soalan Temuduga

Anda akan diberikan latihan bagaimana hendak menjawab soalan - soalan temuduga dalam Bahasa Inggeris. Ini akan membina keyakinan anda.

Bantuan Pensyarah

Anda boleh kemukakan sebarang soalan berkenaan kursus atau tugasan peribadi kepada pensyarah anda. Pensyarah akan memberikan tunjuk ajar cara hendak menyelesaian masalah anda.

Sijil Kursus

Di akhir kursus, Sijil Tamat Kursus akan dikeluarkan kepada anda. Gunakan sijil untuk memohon kerja, kenaikan pangkat atau latihan kerjaya di sektor awam atau swasta.

Penempatan Kerja

Bagi yang berjaya dalam kursus, anda akan dimasukkan ke dalam skim penempatan kerja di sektor awam dan swasta. Beribu - ribu majikan memerlukan pekerja mahir seperti anda.

Soalan Yang Lazim Ditanya

Siapa Kami?

COMPU Studies mula beroperasi sejak tahun 1990. Semenjak itu kami telah mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dan bahasa Inggeris dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

COMPU Studies adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan kursus – kursus online. Kursus – kursus kami memberikan imbangan teori dan praktikal yang baik bagi menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti kursus, mahir dalam topik yang dipelajari. Kami mengalu – alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar.

Komen Peserta

“Harga kursus yang sangat berpatutan. Kursus Microsoft Excel telah mengajar saya membuat pengiraan dan membina carta. Ia meningkatkan pengetahuan saya tentang perisian Microsoft.”
Farith Fariq Bin Hashim
Seksyen 18, Shah Alam, Selangor
“Berpatutan, menarik, murah dan mampu dibayar. Dengan mengikuti kursus ini saya telah mendapat pengetahuan dan kemahiran menggunakan Microsoft Excel.Saya rasa lebih yakin dapat mencipta dan menghasilkan pelbagai dokumen berbagai kegunaan.”
Nazari Bin Mentali
Larkin Flat, Johor Bharu, Johor
“Walaupun saya sudah lama membina helaian dengan Excel tetapi banyak perkara yang telah saya pelajari, contohnya, dalam nama pelbagai butang dan fungsi menu - menu Excel.”
Kartini Harun
Sungai Dua, Pulau Pinang
“Walaupun saya belajar di handset, namun berpandukan panduan yang diberikan saya boleh aplikasi ilmu dengan mudah di komputer tempat kerja saya. Paling membantu kursus boleh dibuka di komputer juga.”
Asiyahtul Farahin Binti Jaafar
Menara Kastam Sabah, Kota Kinabalu

Bandingkan Kursus Kami