Cara Terbaik Upah Orang Bina Website Anda

Cara terbaik upah orang bina website

Cara Terbaik Untuk Upah Orang Bina Website Anda

Mengupah orang untuk bina website anda adalah cara paling mahal untuk mendirikan website. Cara ini adalah sesuai sekiranya anda menepati keadaan berikut:-

  1. Anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk belajar bina website anda sendiri.
  2. Anda sanggup belanja wang yang bukan sedikit untuk upah orang bina website anda.
  3. Anda sanggup belanja wang secara berterusan untuk upah orang menguruskan website anda.
  4. Anda selesa dengan memberikan kuasa kawalan penuh website anda kepada orang lain.

Jika kesemua di atas mencerminkan diri anda maka anda adalah individu yang sesuai untuk menjadi pelanggan syarikat atau individu yang memberikan khidmat pembuatan website.

Jika yang di atas itu bukannya anda, kami sarankan anda belajar sendiri buat website. Bagi menghasilkan website yang ringkas untuk sebarang bisnes, ianya adalah cara yang paling mudah dan murah. Untuk maklumat lanjut, sila tekan di sini.

Petua Cari Pembina Website Terbaik

Untuk memastikan anda mendapat kepuasan maksima dalam mengupah orang bina website anda sendiri, di sini kami turunkan beberapa petua yang elok anda praktikan:-

  1. Lakukan carian dan perbandingan beberapa pembuat website yang berbeza. Bandingkan harga pakej, kandungan dan apa yang di tawarkan.
  2. Tanyakan kos untuk mengubah suai website anda selepas ianya siap. Ini adalah satu kos tersembunyi yang banyak pembina website tidak akan nyatakan dalam promosi mereka.
  3. Tanya pembina website sama ada anda boleh lakukan perubahan sendiri selepas website disiapkan. Ini termasuk menukar teks dan grafik dalam website anda. Bukan semua pembina website memberikan pelanggan kebolehan ini.
  4. Lihat contoh website atau template website yang disediakan oleh pembina website anda. Pastikan mereka punya contoh atau template yang anda suka. Jika anda dapati template mereka kurang menarik, cari pembina website lain sahaja.
  5. Tanya pembina website anda kos tahunan untuk menyelenggara website anda. Ini termasuk memastikan sistem website sentiasa di kemaskinikan dari masa ke semasa. Juga tanya kos tahunan untuk nama domain dan hosting anda jika ada.
  6. Tanya pembina website anda tatacara melakukan bayaran dan bilangan hari website anda akan disiapkan. Sesetengah pembina website mengambil deposit dan bakinya mengambil bayaran penuh. Jika kos website adalah tinggi (melebihi RM1000) cuba runding untuk membayar deposit dahulu dan baki selebihnya apabila website disiapkan.
  7. Tanya cara – cara yang boleh anda gunakan untuk menghubungi orang yang akan bertanggungjawab membina dan menguruskan website anda. Pembina website yang baik akan berikan nama individu dan nombor telefon/whatsapp orang yang akan anda berurusan untuk website anda.

Melakukan sedikit kajian berdasarkan kepada panduan di atas akan banyak membantu anda dalam mencari pembina website yang sesuai dengan keperluan anda.

Penyelesaian Kami

COMPU Studies menyediakan khidmat pembinaan website. Kami menawarkan lebih 40 jenis template website yang boleh anda pilih untuk website anda. Selepas website anda di bina, anda akan boleh ubah semua teks dan grafik website anda sendiri. Anda boleh edit website anda menerusi komputer dan handset. Anda boleh hubungi kami dengan mudah menerusi WhatsApp untuk sebarang pertanyaan berkenaan website anda. Pakej website kami merangkumi hosting, alamat website dan perisian CMS, theme dan plugin berbayar. Kami jamin harga dan kualiti website kami boleh menandingi sebarang pembina website di dunia. Website anda juga dilengkapi dengan sistem firewall dan SSL yang memastikan keselematan data dan melindungi dari ancaman hackers. Tekan butang Ketahui Lanjut di bawah untuk hubungi kami dan dapatkan sebut harga pakej – pakej pembinaan website kami.

Lain - lain Rencana Yang Berkaitan

Saya hendak tahu...

Cara Terbaik Untuk Bina Website Sendiri
  • Kami huraikan cara terbaik untuk bina website bagi individu, NGO, peniaga kecil dan pengguna korporat...

Saya hendak tahu...

Cara Terbaik Untuk Belajar Bina Website
  • Belajar dengan kelas atau sendiri? Yang mana satu pilihan terbaik? Kami huraikan satu strategi terbaik yang boleh anda gunakan.

blogger, google site, wordpress, wix, jimdo, godaddy, php, java, phyton, html, css, hosting, domain, cpanel, frontend, backend, username, password, login, admin, settings, install, configure, settings, links, graphic, bullets, heading, paragraph, column, style sheets, new tab, development, building, design, web design, ecommerce, site creator, site designer, responsive layout

Kami dapati terdapat tersangat banyak maklumat di Internet berkenaan pembinaan website. Banyak dari maklumat ini amat mengelirukan.Semua maklumat yang kami berikan di website ini adalah ikhlas dan tidak memerlukan bayaran. Kami cuma minta – itu pun jika anda tidak keberatan – untuk sentuh butang Like dan kongsi maklumat ini sekiranya anda mendapatinya berguna.

belajar bina website