Cara Terbaik Bina Website Sendiri
bina buat cipta reka bina situs
Memilih Cara Terbaik Bina Website Sendiri
Cara terbaik untuk anda bina website sebenarnya bergantung kepada jenis website yang ingin anda bina. Pada asasnya terdapat tiga jenis website:-
1. Website jenis blog/berita. Website jenis ini khusus memaparkan berita atau coretan tulisan pemiliknya.
2. Website statik. Website ini punya kandungan yang tidak banyak berubah. Contohnya website peniaga/industri kecil dan sederhana (SME), website NGO, institusi pendidikan, jabatan kerajaan dan lain – lain.
3. Website dinamik: Website jenis ini punya kandungan, produk atau aplikasi yang sentiasa berubah – ubah mengikut waktu dan pilihan pengguna. Contohnya website perbankan online, kedai dalam talian, aplikasi Internet dan lain – lain.
Di bawah kami huraikan cara terbaik untuk bina setiap satu jenis website ini.
Website Blog/Berita
Cara paling senang bina website jenis blog dan berita adalah menggunakan Blogger – satu aplikasi dalam talian oleh Google. Ianya percuma anda anda boleh dapatkan banyak panduan online berkenaannya.
Blogger
- Percuma
- Anggaran masa untuk mahir: 10 hingga 20 jam
- Memerlukan pengetahuan HTML dan koding untuk ubahsuai rekabentuk website.
Penyelesaian Kami
COMPU Studies ada menawarkan Kursus Internet dan Bina Blog menggunakan Blogger. Kursus ini adalah 100% online. Anda akan belajar cara hendak membuat blog dari asal hingga tamat. Anda juga akan diajar cara – cara hendak mengguruskan blog anda dan membuat SEO. Di samping itu anda akan kuasai cara – cara hendak mengubah rekabentuk Blogger anda supaya lebih professional.
Website Statik
Kategori kedua website adalah website statik. Website statik ini sesuai bagi peniaga/industri kecil dan sederhana memaparkan maklumat ringkas berkenaan perniagaan serta produk atau perkhidmatan mereka. Website ini boleh di promosikan di media sosial bagi menarik bakal pelanggan yang kemudiannya akan menghubungi anda untuk mendapatkan perkhidmatan atau produk yang anda tawarkan. Bagi kategori jenis ini kami telah memilih BizNet.Site satu sistem pembuatan website statik asas yang begitu mudah sesiapa pun boleh mempelajari.

BizNet.Site
- Percuma
- Anggaran masa untuk mahir: 2 hingga 3 jam
- Boleh ubah rekabentuk website dengan hanya satu pilihan.
- Tidak sesuai untuk syarikat atau organisasi besar.
Penyelesaian Kami
COMPU Studies ada menawarkan Kursus Bina Website menggunakan BizNet. Kursus ini adalah 100% online. Anda akan belajar cara hendak membuat website dengan BizNet dari awal hingga tamat. Anda juga akan mahir cara – cara hendak membuat SEO dan mengubah rekabentuk website anda. Anda juga akan kuasai cara – cara mempromosi dan menjual produk dan perkhidmatan anda menerusi website BizNet anda.
Website Dinamik
Website Dinamik adalah website dengan kandungan yang kerap berubah – ubah mengikut masa atau pilihan pengguna. Sebarang jenis website yang punya fungsi login menggunakan website dinamik. Diantara contoh website dinamik adalah seperti kedai online, portal pendidikan, website berita berlanggan, website syarikat dengan akses pelanggan dan sebagainya. Untuk membina website dinamik, anda tidak ada pilihan percuma. Semua sistem pembinaan website dinamik adalah berbayar. Di antara semua sistem yang ada, pilihan kami ialah Self Hosted WordPress. Sistem Self-Hosted WordPress bukan sahaja popular untuk mencipta website dinamik malah menjadi pilihan utama pengguna mahir IT mencipta website jenis blog dan statik juga.
Self -Hosted WordPress
- Berkuasa
- Sangat Fleksibel
- Anggaran masa untuk mahir: 100 hingga 200 jam
- Memerlukan belanja yang agak tinggi. Juga memerlukan kesabaran dan kecekalan minda untuk menguasai dan menguruskannya. Bukan untuk pengguna am. Lebih sesuai untuk web developer yang serius sahaja.
Penyelesaian Kami
COMPU Studies ada menyediakan khidmat customized WordPress di mana kami akan lakukan semua kerja – kerja awal setup dan configure website anda. Kami juga akan setup hosting, theme, plugin dan semua laman utama mengikut pilihan anda. Selepas itu anda boleh masuk dan edit website dengan mudah menggunakan komputer ataupun handset anda. Anda juga tidak perlu risau berkenaan penggurusan WordPress. Kami akan lakukannya untuk anda. Kaedah ini boleh menjimatkan anda masa dan wang yang bukan sedikit.
Berminat? Sentuh link di bawah.
Lain - lain Rencana Yang Berkaitan
Saya hendak tahu...
-
Belajar dengan kelas atau sendiri? Yang mana satu pilihan terbaik? Kami huraikan satu strategi terbaik yang boleh anda gunakan.
Saya hendak tahu...
-
Bagaimana hendak memilih pembina website yang terbaik? Apakah langkah untuk mengelakkan anda kerugian wang dalam proses ini?
blogger, google site, wordpress, wix, jimdo, godaddy, php, java, phyton, html, css, hosting, domain, cpanel, frontend, backend, username, password, login, admin, settings, install, configure, settings, links, graphic, bullets, heading, paragraph, column, style sheets, new tab, development, building, design, web design, ecommerce, site creator, site designer, responsive layout
Kami dapati terdapat tersangat banyak maklumat di Internet berkenaan pembinaan website. Banyak dari maklumat ini amat mengelirukan.Semua maklumat yang kami berikan di website ini adalah ikhlas dan tidak memerlukan bayaran. Kami cuma minta – itu pun jika anda tidak keberatan – untuk sentuh butang Like dan kongsi maklumat ini sekiranya anda mendapatinya berguna.