Cara Terbaik Belajar Bina Website

Memilih Cara Terbaik Untuk Belajar Bina Website
Terdapat tiga cara yang boleh anda gunakan untuk belajar bina website. Ketiga cara ini ialah:-

Memilih Cara Terbaik Untuk Belajar Bina Website

Terdapat tiga cara yang boleh anda gunakan untuk belajar bina website. Ketiga cara ini ialah:-

  1. Cara Trial and Error
  2. Belajar dalam kelas
  3. Belajar online

Kami huraikan kelebihan dan kekurangan setiap satu cara pembelajaran ini di bawah.

Belajar Menerusi Trial & Error

Trial and Error bermaksud belajar dengan mencuba sendiri – tanpa sebarang panduan sistematik. Mereka yang menggunakan cara ini lazimnya adalah orang yang sudah ada kemahiran IT yang agak tinggi. Mereka ini boleh merumuskan cara hendak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman luas menggunakan pelbagai jenis perisian termasuk pemproses perkataan, programming, database dan graphic design. Bagi sebarang aspek yang kurang difaham, mereka akan rujuk kepada nota di Internet atau tonton video YouTube yang berkaitan. Disebabkan kebanyakan panduan yang baik dalam bidang pembuatan website cuma terdapat dalam bahasa Inggeris, kaedah pembelajaran ini memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Kaedah ini langsung tidak sesuai bagi mereka yang baru hendak berjinak – jinak mempelajari cara hendak membina website sendiri atau lemah dalam bahasa Inggeris.

Belajar dengan Trial & Error

Saranan Kami

Jika anda mengamalkan kaedah pembelajaran ini, sebaiknya perkuatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda. Anda juga patut cipta satu sistem untuk menyimpan semua nota, video dan sumber online untuk dijadikan rujukan di masa depan. Perkara ini boleh menjimatkan anda banyak masa. Juga mempelajari teknik carian lanjutan Google merupakan satu kemahiran yang akan banyak bantu anda. Jika anda hendakkan nasihat atau bantuan kami, hubungi kami dengan tekan link di bawah.

Belajar Dalam Kelas

Belajar dalam kelas adalah cara tradisional mempelajari sesuatu. Ramai orang merasakan diri mereka tidak dapat memahami sesuatu melainkan ianya diajar oleh seorang guru yang berdiri di hadapan mata mereka. Namun setelah beribu tahun manusia mengamalkan kaedah pembelajaran ini, keberkesanannya masih disoal sehingga hari ini. Ini kerana sejauh mana kaedah ini benar – benar sesuai bergantung kepada banyak perkara. Antaranya ialah keserasian antara kaedah guru mengajar dengan kaedah murid belajar. Mendapatkan seorang guru yang menarik minat kita untuk belajar dan mengajar dalam cara yang mudah kita faham bukannya perkara kecil. Untuk mencari guru seupama ini, ramai yang melompat dari satu kelas ke kelas yang lain dan menghabiskan ribuan Ringgit. Namun masih juga tidak pandai. Kadang kala guru tidak boleh dipersalahkan. Sesetengah murid punya expektasi yang tidak munasabah dan sentiasa menyalahkan guru bagi menutup kelemahan diri sendiri. Satu lagi punca mengapa ramai yang hampa dengan kaedah belajar dalam kelas ialah mereka berfikir menerusi kaedah ini, mereka tidak perlu banyak berusaha. Fahaman ini ternyata sekali tidak benar. Walaupun anda berguru, dalam topik belajar membina website, kebanyakan usaha perlu dilakukan oleh diri anda sendiri. Jika anda berharapkan kepada guru sahaja, kami jamin anda tidak akan berjaya- tidak kiralah berapa handalnya guru anda itu.

Belajar Dalam Kelas

Saranan Kami

Jika anda telah bertekad dengan belajar menerusi kelas, saranan kami ialah lakukan persiapan awal. Untuk mendapatkan kesan terbaik bagi masa anda dalam kelas, pastikan anda punya pengetahuan asas berkenaan topik yang akan di ajar. Kemudian semasa dalam kelas, janganlah segan bertanyakan sebarang perkara yang anda tidak faham. Tips ini hasil dari lebih 20 tahun mengajar dan mendidik ramai pelajar di kelas komputer kami di Ipoh, Perak. Jika anda berminat, silalah hubungi kami. Tekan link di bawah.

Belajar Online

Kaedah pembelajaran online merupakan kaedah pembelajaran yang paling popular di Barat. Namun bagi kebanyakan orang Timur mereka sangat sangsi dengan kaedah pembelajaran ini. Satu persoalan yang sering diutarakan oleh bakal pelajar baru yang mengikuti kursus – kursus online kami ialah “Bolehkah saya pandai dengan belajar sendiri ini”. Kenyataan ini ternyata menunjukkan salah faham utama dalam belajar secara online. Belajar online tidak bermaksud anda belajar sendiri. Banyak pemberi khidmat kursus online menyediakan guru atau pensyarah yang akan membimbing anda. Di COMPU Studies, misalnya pensyarah kami bukan sahaja menjawab soalan anda berkenaan pembinaan website, bahkan beliau akan periksa website anda dan berikan komen dan panduan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Pensyarah kami akan bekerja dengan anda dari mula sehingga siapnya website anda. Selain dari itu, belanja atau kos untuk belajar secara online juga jauh lebih rendah dari belajar dalam kelas. 

Belajar Online

Saranan Kami

Kursus Online sering kali jauh lebih murah dari belajar dalam kelas. Sebagai contoh, anda boleh ikuti Kursus Bina Website COMPU Studies dengan bayaran cuma RM20 (dua puluh Ringgit) sebulan. Dalam tempoh itu anda akan diajar cara – cara membina satu website statiks asas dari mula hingga akhir. Belajar bina website secara online adalah jauh lebih rendah risikonya berbanding menghabiskan ratusan atau ribuan Ringgit dan puluhan jam menghadiri kelas yang belum tentu boleh bantu anda. Oleh itu kami sarankan anda ikuti kursus online dahulu. Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Kursus Bina Website RM20 kami, hubungi kami dengan tekan link di bawah.

Lain - lain Rencana Yang Berkaitan

Saya hendak tahu...

Cara Terbaik Untuk Bina Website Sendiri
  • Kami huraikan cara terbaik untuk bina website bagi individu, NGO, peniaga kecil dan pengguna korporat...

Saya hendak tahu...

Cara Terbaik Untuk Upah Orang Bina Website
  • Bagaimana hendak memilih pembina website yang terbaik? Apakah langkah untuk mengelakkan anda kerugian wang dalam proses ini?

blogger, google site, wordpress, wix, jimdo, godaddy, php, java, phyton, html, css, hosting, domain, cpanel, frontend, backend, username, password, login, admin, settings, install, configure, settings, links, graphic, bullets, heading, paragraph, column, style sheets, new tab, development, building, design, web design, ecommerce, site creator, site designer, responsive layout

Kami dapati terdapat tersangat banyak maklumat di Internet berkenaan pembinaan website. Banyak dari maklumat ini amat mengelirukan.Semua maklumat yang kami berikan di website ini adalah ikhlas dan tidak memerlukan bayaran. Kami cuma minta – itu pun jika anda tidak keberatan – untuk sentuh butang Like dan kongsi maklumat ini sekiranya anda mendapatinya berguna.

belajar bina website